𝒫𝐸𝑅𝒜𝒩𝒜𝒩 𝐼𝐵𝒰 𝐵𝒜𝒫𝒜 𝒟𝒜𝐿𝒜𝑀 𝑀𝐸𝒩𝒟𝐼𝒟𝐼𝒦 𝒜𝒩𝒜𝒦 𝒜𝒩𝒜𝒦 𝒟𝒜𝐿𝒜𝑀 𝒫𝐸𝒩𝒢𝒰𝒩𝒜𝒜𝒩 𝑀𝐸𝒟𝐼𝒜 𝒮𝒪𝒮𝐼𝒜𝐿

 


Anak rantau pulang ke desa,

Pulang bersama rakan-rakannya,

Telefon pintar membuang masa,

Ibu bapa perlu  membendungnya,

 

Pantun di atas menerangkan keburukan penggunaan telefon pintar dalam kalangan anak-anak remaja pada masa ini. Pada peringkat umur remaja mereka masih tidak mampu untuk memanfaatkan sesuatu dengan sebaiknya.Hal ini demikian kerana mereka mempunyai akal serta  pemikiran yang tidak matang dan ingin mencuba sesuatu yang baharu.Oleh hal yang demikian,ibu bapa memainkan peranan yang penting bagi membimbing anak-anak agar dapat mengelakkan mereka daripada terjerumus ke arah keburukan. Telefon pintar merupakan alat komunikasi yang bukan sahaja mampui menghantar suara dan mesej malah boleh digunakan untuk melayari Internet dan bermain permainan dalam talian. Pelbagai aplikasi yang dimuat turun seperti Facebook, Instagram, PUBG dan lain-lain dikatakan memudahkan perhubungan  tanpa temu muka. Oleh itu, ibu bapa perlu memastikan penggunaan telefon bimbit anak-anak sentiasa dikawal kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Antaranya:

  1. Ibu bapa perlu menguasai pengetahuan teknologi komunikasi terkini justeru ereka mampu mengajar cara menggunakan aplikasi pintar
  2. ibu bapa untuk mengawal penggunaan telefon pintar dalam kalangan anak mereka adalah mengehadkan penggunaannya
  3. memantau penggunaan telefon pintar
  4. ibu bapa mestilah mendedahkan anak mereka kepada isu penyalahgunaan telefon pintar.
  5. ibu bapa  membelikan anak mereka telefon pintar sekiranya anak matang






𝑅𝒰𝒥𝒰𝒦𝒜𝒩


  Berikut merupakan sumber rujukan kami untuk menjayakan blog ini bagi markah pdp kumpulan kami:

  • http://keluargabahagia-nmm-ptsb-dis2015.blogspot.com/2016/01/definisi-keluarga-bahagia_31.html
  • https://ms.wikipedia.org/wiki/Media_sosial
  • http://ejournal.ukm.my/mjc/article/view/36836
  • https://stpmesei.blogspot.com/2017/04/pada-masa-ini-penggunaan-laman-sosial.html
  • http://zahirzainudin.blogspot.com/2015/12/kebaikan-dan-keburukan-media-sosial.html
  • https://pasirdamai.wordpress.com/2020/07/23/peranan-ibu-bapa-untuk-mengawal-penggunaan-telefon-pintar-dalam-kalangan-anak-anak-mereka/

𝓓𝓔𝓕𝓘𝓝𝓘𝓢𝓘

 Setiap manusia yang lahir di atas muka bumi pastinya mempunyai sebuah institusi kekeluargaan. Tidak kira apa juga latar belakang keluarga, kita tantunya bertuah memilik keluarga yang terdiri daripada kedua-dua orang tua iaitu ibu dan bapa, abang, kakak, adik dan sebagainya.







Setiap insan di dunia ini mengidamkan sebuah keluarga yang bahagia, namun hanya mereka yang mematuhi peraturan hidup di dunia dan akhirat serta taat kepada Tuhan yang dapat menikmati kebahagiaan itu.


Dalam sebuah keluarga, suami atau bapa merupakan Ketua kepada sebuah keluarga dan suamilah orang pertama yang patut memainkan peranan penting dan melaksanakan tugas sebagai pemimpin keluarga.


Definisi Keluarga Bahagia

Merujuk kepada Kamus Dewan iaitu KELUARGA memberi  maksud seisi rumahtangga yang terdiri daripada suami dan isteri serta anak-anak. Manakala BAHAGIA pula bermaksud suasana tenang dan aman serta gembira. Sebut saja keluarga bahagia, sudah jelas terbayang dalam kotak pemikiran kita bahawa kehidupan satu keluarga yang bebas daripada gejala sosial, mengamalkan corak hidup yang berlandaskan disiplin tetapi wujud di dalamnya sifat kasih sayang yang amat tinggi dan saling menghormati. Apabila kita hidup dalam syurga kehidupan berumahtangga, maka akan lahirlah generasi-generasi yang mempunyai modal insan yang berkualiti.

 

Keluarga ialah satu institusi penting dalam negara yang berperanan sebagai penyumbang terpenting kepada kesejahteraan diri dan masyarakat dan sekaligus menyumbang kepada keharmonian negara.


𝘼𝙎𝙎𝘼𝙇𝘼𝙈𝙐𝘼𝙇𝘼𝙄𝙆𝙐𝙈 𝘿𝘼𝙉 𝙎𝘼𝙇𝘼𝙈 𝙎𝙀𝙅𝘼𝙃𝙏𝙀𝙍𝘼

DUA6022 : Komunikasi dan penyiaran dalam islam

 Tajuk : Media Sosial Membina Keluarga Sejahtera

 Pensyarah : En Kairol Azaha Bin Mohamed


Kami merupakan pelajar kelas DEM5S1 dari POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN . Ahli kumpulan kami terdiri daripada tiga orang pelajar.

 


 

 

AIDIE IQMAL BIN RUZAIDY                                  13DEM18F1030

MUHAMMAD NURAMMAR BIN AZAMEE           13DEM18F1025

MUHAMMAD NORAIMAN BIN MD NORAZRI    13DEM18F1024 




𝓟𝓔𝓝𝓓𝓐𝓗𝓤𝓛𝓤𝓐𝓝




 

    Media sosial dan teknologi yang berkembang pada hari ini memberikan pengaruh yang besar kepada pembangunan diri golongan kanak-kanak mahupun golongan remaja. Golongan remaja lebih gemar menghabiskan masa dengan mengakses internet, bermain permainan video dan telefon pintar berbanding berinteraksi dengan keluarga terutamanya ibu dan bapa. Hal yang demikian boleh menyebabkan kualiti komunikasi golongan remaja dengan ibu bapa mereka menjadi semakin rendah. 

    Isu ini turut diakui oleh kebanyakan kajian lepas yang bersetuju bahawa penggunaan teknologi secara berlebihan akan menyebabkan komunikasi anak-anak dengan ibu bapa menjadi kurang berkesan sehingga wujudnya jurang komunikasi dalam keluarga dan hal ini turut membantutkan perkembangan sosial mereka. Kertas kerja ini bertujuan menjelaskan konsep media dan teknologi, komunikasi ibu bapa dan anak-anak serta menghuraikan kesan media dan teknologi terhadap komunikasi keluarga dalam masyarakat Melayu agar tidak menghakis hubungan kekeluargaan yang selama ini terjalin erat tanpa adanya media dan teknologi. Teori Sistem Keluarga digunakan dalam membincangkan pembangunan diri anak-anak dari sudut interaksi dan komunikasi dengan orang lain hasil daripada kehadiran media dan teknologi. 

    Di samping itu juga, cadangan berkaitan strategi praktikal kepada ibu bapa turut dikemukakan agar ibu bapa lebih memahami cara penggunaan media dan teknologi dalam menangani cabaran budaya moden ini. Strategi serta cadangan yang dikemukakan diharap dapat memberikan lebih kefahaman kepada ibu bapa berkaitan media dan teknologi agar perkara ini tidak memberikan kesan negatif dalam komunikasi mereka dengan anak-anak. 

    Sehubungan itu, kertas kerja ini diharap dapat digunakan sebagai model rujukan remaja dan ibu bapa untuk mengatasi ancaman media dan teknologi yang kian berkembang dalam kehidupan hari ini.

𝓚𝓔𝓢𝓘𝓜𝓟𝓤𝓛𝓐𝓝


Kesimpulannya, teknologi boleh membawa kesan positif atau kesan negatif terhadap kekeluargaan. Kewujudan kedua-dua kesan tersebut adalah bergantung kepada tujuan dan cara bagaimana pengguna mengaplikasikan teknologi sama ada dengan cara yang betul atau salah dan sesuai atau tidak sesuai. Internet sendiri tidak boleh membezakan mana yang benar atau salah. Dengan ini, dalam kekeluargaan perlu betul-betul mempunyai akal dan berfikiran waras untuk menilai apa yang boleh lakukan dan apa yang tidak boleh lakukan melalui teknologi.Oleh itu,ibu bapa haruslah sentiasa melihat apa jua aktiviti anak-anak dimana mereka berada.

𝓚𝓔𝓢𝓐𝓝 𝓟𝓞𝓢𝓘𝓣𝓘𝓕 𝓓𝓐𝓝 𝓝𝓔𝓖𝓐𝓣𝓘𝓕 𝓜𝓔𝓓𝓘𝓐 𝓢𝓞𝓢𝓘𝓐𝓛 𝓚𝓔𝓟𝓐𝓓𝓐 𝓚𝓔𝓛𝓤𝓐𝓡𝓖𝓐




 وَٱقْتَرَبَ ٱلْوَعْدُ ٱلْحَقُّ فَإِذَا هِىَ شَـٰخِصَةٌ أَبْصَـٰرُ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ يَـٰوَيْلَنَا قَدْ كُنَّا فِى غَفْلَةٍۢ مِّنْ هَـٰذَا بَلْ كُنَّا ظَـٰلِمِينَ

Dan hampirlah datangnya janji hari kiamat yang benar, maka dengan serta-merta pandangan mata orang-orang yang kufur ingkar terbeliak (sambil berkata dengan cemas): "Aduhai celakanya Kami. Sesungguhnya kami telah tinggal dalam keadaan yang melalaikan kami daripada memikirkan perkara ini, bahkan kami telah menjadi orang-orang yang menganiaya diri sendiri". (Al-Anbiya’: 97)

 

 KESAN POSITIF

  • MEDIA SOSIAL SEBAGAI GURU KETIGA BAGI ANAK KECIL UNTUK MENGENAL HURUF, KOSA KATA, MENGIRA DAN SEBAGAINYA
  • MENJADI SUMBER UTAMA UNTUK MENGETAHUI SESUATU PERKARA UNTUK KEBAIKAN BERSAMA
  • SEBAGAI SATU CARA UNTUK MENGAWASI ANAK ANAK BILA IBU BAPA BERJAUHAN DARI ANAK ANAK
  • UNTUK MENGETAHUI PERKEMBANGAN ISU SEMASA SEPERTI KESIHATAN ,KESELAMATAN DAN SEBAGAINYA LANGKAH UNTUK MELINDUNGI KELUARGA 
  • MAMPU MEMUJUDKAN SUASANA YANG HARMONI DAN SEJAHTERA DALAM KALANGAN

KESAN NEGATIF
  • SEKIRANYA ANAK ANAK TIDAK DIPANTAU ,KECENDERUNGAN ANAK ANAK KEPADA KELALAIAN TERHADAP MEDIA SOSIAL AKAN LEBIH MEMBIMBANGKAN CONTOHNYA ANAK ANAK LEBIH CENDERUNG UNTUK BERMAIN GADJET SAHAJA DARIPADA MELAKUKAN KERJA HARIAN SEPERTI KANAK KANAK LAIN.
  • IBU BAPA YANG SERING MENDAHULUKAN MEDIA SOSIAL DALAM SEMUA PERKARA MEMBAWA KEPADA PEMBERONTAKAN DARI ANAK ANAK BAHAWA MEREKA MERASAKAN KURANG PERHATIAN DARI IBU BAPA MEREKA.
  • APABILA ANAK ANAK TELAH BERADA DI USIA REMAJA, ANAK ANAK  KEDUA AKAN LEBIH CENDERUNG MENUJU KEARAH PERASAAN INGIN TAHU TERHADAP SEMUA PERKARA DAN AMAT DIRISAUKAN SEKIRANYA TIDAK DIPANTAU .
  • JUGA MAMPU MEMUJUDKAN SUASANA ANTI SOSIAL DALAM KALANGAN KELUARGA







𝓚𝓔𝓛𝓔𝓑𝓘𝓗𝓐𝓝 & 𝓚𝓔𝓚𝓤𝓡𝓐𝓝𝓖𝓐𝓝 𝓜𝓔𝓓𝓘𝓐 𝓢𝓞𝓢𝓘𝓐𝓛 𝓓𝓐𝓛𝓐𝓜 𝓚𝓔𝓛𝓤𝓐𝓡𝓖𝓐


 





KELEBIHAN

        Antara kebaikan aplikasi gadjet pada institusi KELEBIHAN kekeluargaan ialah boleh menjadi alat perhubungan. Misalnya, telefon pintar membolehkan ahli keluarga yang berjauhan berhubung antara satu sama lain untuk bertanya khabar berita dan secara tidak langsung hubungan silaturrahim antara ahli keluarga dapat diperkukuhkan lagi. Tambahan pula, gadjet juga boleh melayari internet .Pada masa kini, penggunaan internet amat penting kepada semua kerana dengan adanya internet ianya dapat berhung antara satu sama lain dengan lebih mudah.





KEKURANGAN

        Keburukan penggunaan aplikasi gajet juga dilihat menerusi hubungan kekeluargaan yang semakin renggang. Jika diperhatikan dengan jelas, kebanyakan masyarakat kita seolah-olah tidak mempedulikan perihal keluarga masing- masing. Mereka seakan-akan tidak mahu mewujudkan komunikasi yang harmoni bersama-sama keluarga. Contoh yang dapat dilihat apabila sebuah keluarga yang keluar makan bersama-sama, mereka sibuk dengan telefon bimbit masing-masing sehinggakan komunikasi antara keluarga amat terbatas. Keadaan ini tidak seharusnya terjadi kerana keluarga tergolong dalam kalangan orang terpenting dalam kehidupan kita. Perbualan yang terlampau kurang akan menjadikan hubungan kekeluargaan menjadi sangat renggang dan menjauhkan jarak hubungan masing-masing. Situasi atau masalah ini akan menular kepada anak-anak sekiranya ibu bapa tidak tahu memainkan peranan masing-masing. Anak-anak berkemungkinan besar akan menjadi sangat tersisih dan menjadikan mereka individu yang pasif dewasa kelak. Hal ini tidak seharusnya berlaku kepada masyarakat kita kerana bimbang masa depan anak-anak bakal terjejas. Penggunaan telefon bimbit tidak salah tetapi haruslah bijak menggunakannya dan tidak terlalu lalai dengan kemajuan dunia sehingga melupakan perkara terpenting dalam hidup.