KELEBIHAN
Antara kebaikan aplikasi gadjet pada institusi KELEBIHAN kekeluargaan ialah boleh menjadi alat perhubungan. Misalnya, telefon pintar membolehkan ahli keluarga yang berjauhan berhubung antara satu sama lain untuk bertanya khabar berita dan secara tidak langsung hubungan silaturrahim antara ahli keluarga dapat diperkukuhkan lagi. Tambahan pula, gadjet juga boleh melayari internet .Pada masa kini, penggunaan internet amat penting kepada semua kerana dengan adanya internet ianya dapat berhung antara satu sama lain dengan lebih mudah.
KEKURANGAN
Keburukan penggunaan aplikasi gajet juga dilihat menerusi hubungan kekeluargaan yang semakin renggang. Jika diperhatikan dengan jelas, kebanyakan masyarakat kita seolah-olah tidak mempedulikan perihal keluarga masing- masing. Mereka seakan-akan tidak mahu mewujudkan komunikasi yang harmoni bersama-sama keluarga. Contoh yang dapat dilihat apabila sebuah keluarga yang keluar makan bersama-sama, mereka sibuk dengan telefon bimbit masing-masing sehinggakan komunikasi antara keluarga amat terbatas. Keadaan ini tidak seharusnya terjadi kerana keluarga tergolong dalam kalangan orang terpenting dalam kehidupan kita. Perbualan yang terlampau kurang akan menjadikan hubungan kekeluargaan menjadi sangat renggang dan menjauhkan jarak hubungan masing-masing. Situasi atau masalah ini akan menular kepada anak-anak sekiranya ibu bapa tidak tahu memainkan peranan masing-masing. Anak-anak berkemungkinan besar akan menjadi sangat tersisih dan menjadikan mereka individu yang pasif dewasa kelak. Hal ini tidak seharusnya berlaku kepada masyarakat kita kerana bimbang masa depan anak-anak bakal terjejas. Penggunaan telefon bimbit tidak salah tetapi haruslah bijak menggunakannya dan tidak terlalu lalai dengan kemajuan dunia sehingga melupakan perkara terpenting dalam hidup.


No comments:
Post a Comment