π““π“”π“•π“˜π“π“˜π“’π“˜

 Setiap manusia yang lahir di atas muka bumi pastinya mempunyai sebuah institusi kekeluargaan. Tidak kira apa juga latar belakang keluarga, kita tantunya bertuah memilik keluarga yang terdiri daripada kedua-dua orang tua iaitu ibu dan bapa, abang, kakak, adik dan sebagainya.







Setiap insan di dunia ini mengidamkan sebuah keluarga yang bahagia, namun hanya mereka yang mematuhi peraturan hidup di dunia dan akhirat serta taat kepada Tuhan yang dapat menikmati kebahagiaan itu.


Dalam sebuah keluarga, suami atau bapa merupakan Ketua kepada sebuah keluarga dan suamilah orang pertama yang patut memainkan peranan penting dan melaksanakan tugas sebagai pemimpin keluarga.


Definisi Keluarga Bahagia

Merujuk kepada Kamus Dewan iaitu KELUARGA memberi  maksud seisi rumahtangga yang terdiri daripada suami dan isteri serta anak-anak. Manakala BAHAGIA pula bermaksud suasana tenang dan aman serta gembira. Sebut saja keluarga bahagia, sudah jelas terbayang dalam kotak pemikiran kita bahawa kehidupan satu keluarga yang bebas daripada gejala sosial, mengamalkan corak hidup yang berlandaskan disiplin tetapi wujud di dalamnya sifat kasih sayang yang amat tinggi dan saling menghormati. Apabila kita hidup dalam syurga kehidupan berumahtangga, maka akan lahirlah generasi-generasi yang mempunyai modal insan yang berkualiti.

 

Keluarga ialah satu institusi penting dalam negara yang berperanan sebagai penyumbang terpenting kepada kesejahteraan diri dan masyarakat dan sekaligus menyumbang kepada keharmonian negara.


No comments:

Post a Comment