Anak rantau pulang ke desa,
Pulang bersama rakan-rakannya,
Telefon pintar membuang masa,
Ibu bapa perlu membendungnya,
Pantun di atas menerangkan keburukan penggunaan telefon pintar dalam kalangan anak-anak remaja pada masa ini. Pada peringkat umur remaja mereka masih tidak mampu untuk memanfaatkan sesuatu dengan sebaiknya.Hal ini demikian kerana mereka mempunyai akal serta pemikiran yang tidak matang dan ingin mencuba sesuatu yang baharu.Oleh hal yang demikian,ibu bapa memainkan peranan yang penting bagi membimbing anak-anak agar dapat mengelakkan mereka daripada terjerumus ke arah keburukan. Telefon pintar merupakan alat komunikasi yang bukan sahaja mampui menghantar suara dan mesej malah boleh digunakan untuk melayari Internet dan bermain permainan dalam talian. Pelbagai aplikasi yang dimuat turun seperti Facebook, Instagram, PUBG dan lain-lain dikatakan memudahkan perhubungan tanpa temu muka. Oleh itu, ibu bapa perlu memastikan penggunaan telefon bimbit anak-anak sentiasa dikawal kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Antaranya:
- Ibu bapa perlu menguasai pengetahuan teknologi komunikasi terkini justeru ereka mampu mengajar cara menggunakan aplikasi pintar
- ibu bapa untuk mengawal penggunaan telefon pintar dalam kalangan anak mereka adalah mengehadkan penggunaannya
- memantau penggunaan telefon pintar
- ibu bapa mestilah mendedahkan anak mereka kepada isu penyalahgunaan telefon pintar.
- ibu bapa membelikan anak mereka telefon pintar sekiranya anak matang

No comments:
Post a Comment